Cuteki gadgets |
Assalamualaikum my future husband :)
Saturday, 15 December 2012 | 20:48 | 0 letter
Assalamualaikum semua..Jumpa lagi kita pada hari ni :) Hari ni cha nak cerita pasal layanan harian cha pada future husband cha..Topic ni pelik ?? emm.Pelik ke ? Cha rase tak kot *garu kepala . Hehe..Cha tak sure la blogger lain ade ke tidak cerita topic pasal ni..Lagi pun cha tak pernah terbaca pun topic ni dekat blog orang lain..Tapi tak tau la kalau korang ade terbace ke kan..Mybe cha terlepas pandang.sory ! :D Korang mesti fikir yang cha ni menggatal bole terfikir pasal ni semua. Hey ! *menjerit . Semua orang "pasti" "mesti" "wajib" fikir benda ni semua tau..Kira preparation untuk korang hadapi kehidupan korang bila bergelar suami/isteri kepada seseorang.Elehh , entah entah korang pun ade fikir jugak kan kan kan.Hahahah *gelak jahat . Sebuah perkahwinan yang halal selepas lafaznye akad nikah daripada seorang lelaki yang kita cintai dia sepenuh hati kita tanpa sebarang paksaan dan kita terima kekurangan dia kelebihan dia seadanya.Kekurangan dia adalah kelebihan kita , kelebihan dia adalah kekurangan kita . Atau lebih mudah lagi nak cakap "saling melengkapi antara satu sama lain" :) . Lafaz akad nikah memang mudah di lafazkan di mulut . Tapi orang lelaki ni bila mase akad nikah mesti "nervous" gila kan . Hahahah . Nasib baik baik cha ni perempuan , kire bernasib baik la tak payah nak rase pengalaman akad nikah tu macam mana . Entah entah gementar yang teramat sangat sampai pengsan hahahah .Ok okey cukop * tutup mulut . Bila kita dengar ayat akad nikah tu nampak ringkas kan ? . Tapi maksud dia tu cukup cukup mendalam . So bakal suami & bakal isteri kena lah bersedia untuk pikul tanggungjawab tu semua . Ape , korang tak tahu ape maksud di sebalik lafaz akan nikah tu ? Takpe , sini cha terangkan ok :) Ni lafaz akad nikah "AKU TERIMA NIKAHNYA SI DIA BINTI SI AYAH DIA DENGAN MAS KAHWINNYA RM.." Dan ini pulak maksud ayat yang mudah kita dengar dan lafazkan tu "AKU TANGGUNG DOSA-DOSA SI DIA DARI IBU BAPANYA APA SAJA DOSA YANG DIA BUAT , DARI DEDAH AURAT HINGGA KE TINGGALKAN SOLAT , AKU TANGGUNG SEMUA DOSA BAKAL ANAK - ANAK AKU . KALAU GAGAL , MAKA AKU FASIK DAYUS & AKU RELA MALAIKAT ZABANIYAH MELIBAS AKU HINGGA PECAH BADANKU " :') .. Berat bukan ?? In Shaa Allah kita boleh lalui semua tu dengan sempurna , sama sama kita berdoa ok . Kesian korang dengar cha membebelkan.Permulaan dah berjela jela taip . Ni belum masuk isi kepada tajuk tu lagi . hahahah . kesian kesian kesian .. Dah dahh . Jangan nangis okey . ok jom kita masuk isi cerita ni :) Ok .. kalau cha dah ada seorang suami kan. Mesti lah cha akan jaga dia sebaik mungkin . Korang yang perempuan tu mesti ada hasrat yang sama macam apa yang cha fikirkan kan ? . Tau dahh . sebab kita ni kan sama sama perempuan :) . Bila kehidupan dah bergelar isteri ni .. Setiap pagi cha akan bangun awal sebelum suami cha ni bangun..Lepas bangun tu cha akan tenung muka dia yang tengah tidur tu :) . Mesti nampak tenang je kan muka dia tu..Ok mase cha tenung muka dia mesti mesti dan mesti cha akan rase kesian nak kejut dia bangun . Yela , mesti tidur dia tu lena..Tapi lagi kesian bila nanti dekat akhirat suami cha tu akan di seksa sebab tak sembahyang . So kena la kejut jugak..Macam mana cara cha kejut dia ? hahaha . Rahsia la ehh * kenyit mata sebelah .. Setiap pagi mestilah cha akan buatkan dia breakfast..Kalau korang nak tau cha ni tak suka makan dekat luar.Tak suka tak suka tak sukaa !! * tinggi suara sambil pukul meja (emo la sangat) hahahah .Tak tau la kenapa . Tapi kalau sekali sekala tu takpa la kan..hehe *buat muka tak bersalah . Yang lain lain mesti korang tau kan tanggungjawab seorang isteri , macam kemas rumah , basuh baju , lipat baju semua semua tula mestilah cha akan buat :) . Tapi yang paling cha nak.. setiap minggu mesti cha akan ajak suami cha tu sembahyang jemaah dekat Surau ataupun Masjid yang berlainan tempat setiap kali nak sembahyang tu.Contoh macam minggu ni dekat surau taman sana . minggu dekat dekat Masjid sana pulak . Kenapa macam tu ? Sebab dekat akhirat nanti Surau dengan Masjid tula yang akan jadi saksi bila Malaikat tanya berkaitan solat kita :) . Lepastu contoh la cha ade pakai losyen ke masker ke tonner ke . Cha akan pakaikan dekat suami cha jugak . Before tidur cha akan cucikan muka dia guna pencuci muka , pakaikan dia losyen dekat kaki tangan dia . Macam budak kecik ? Ehh , suka hati korang la nak cakap apa . Yang penting bila kitaorang gaduh ke mesti dia akan ingat dan paling ingat tiap malam ada orang buat macamtu dekat dia sebelum tidur . So dia mesti tak akan merajuk dengan cha . Hahahah. Good idea bukan ? hehehe . Emm . lagi ape ye *mata pandang ke atas tangan di dagu . Haa . mesti korang fikir cha ni tak kerja ke ? Actually cha na sangat kerja..Cha tak tau la macam mana..Cha ada rase nak jadi suri rumah sepenuh masa tapi fikir jugak nak kerja tolong suami dalam kewangan..Berbelah bagi laa.Kan best kalau badan ni bole jadi dua.Dalam satu masa dapat buat dalam dua kerja kan kan kan . Tapi apa kan daya .. Tu semua kalau * lap air mata :'( .. Tahla tengok la macam mana nanti ok.Yang bab tu tergendala la sikit bila nak fikir hehe . Ada lagi laman sosial lepas kahwin ? Emm . cha rase tak ada.. Bagi Cha bila kita ada laman sosial kita akan share masalah rumahtangga kita dekat laman sosial. Bukan ke hal rumahtangga tidak boleh di bawa keluar dari rumah dan biarlah hanya suami isteri dan Allah saja yang tau ? Tapi yang bole kawal untuk tidak menceritakan hal rumahtangga dekat laman sosial tu alhamdulilla la . Tapi bila kita marah memang kita bole bertindak luar kawalan . Apa yang cha buat tu kira mencegah dari benda tu la.. Kan mencegah lebih baik dari mengubati *Eh , iklan kesihatan la pulak aku ni hahah . Tapi tak tau la macam mana..Mybe kerjaya cha akan datang tu memerlukan laman ssosial . mybe cha akan gunakan laman sosial ni lagi . Ok stop . Sakit kepale nak fikir .. Sebab kadang kadang apa yang kita fikir tak semua nye berlaku . Kadang kadang apa yang kita tak sangka tula akan jadi kan kann . Korang mesti tanye cha ni cakap macam ni dah tau ke siape future husband Cha tu ? Hahahah . Of course la tak tau .. Calon pun takde awak . Semua orang tidak akan tahu siapa jodoh dia kecuali Allah . Kadang kadang yang dah kahwin pun boleh cerai dan ada jugak jodoh dia yang betul betul tu lepas dia kahwin lepas cerai dengan husband dia. Macam macam bole berlaku dengan Kuasa Allah . Tapi kita sebagai umatNya harus berdoa . Sememangnya Allah itu Maha Pendengar segala doa umatNya .:) Selagi boleh bincang . Bincang la sebaik mungkin . Jangan akhiri perkahwinan tu dengan penceraian :) . Semoga kita dapat seperti apa yang kita rancang . Jika tidak terima dengan hati yang terbuka dan berfikir Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita :') . Sampai sini saja cerita nye . Assalamualaikum :) |