Cuteki gadgets |
12 cara isteri sentiasa disayangi suaminya =)
Wednesday, 28 December 2011 | 07:26 | 0 letter
1. Isteri bangun awal dahulu, jangan sampai suami bangun dan memasak untuk isteri. 2. Segera siapkan minuman pagi hari kesukaan suami, spt kopi atau teh atau susu. Tawarkan, menu apa yang diinginkan pagi ini. 3. Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, pastikan isteri sudah dalam keadaan rapi. 4. Bila suami pulang kerja, jangan sampai keadaan rumah dalam keadaan berselerak. Sambut suami dengan senyuman yang indah. 5. Jangan lupa, sediakan makanan kesukaan suami bila dia pulang kerja. 6. Sederhana dalam berpenampilan. umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih indah kecantikan asli perempuan. 7. Jika ada masalah, apapun yang bergejolak dihati Anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami. 8. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka. 9. Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur. Banyak perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif walaupun kepada suaminya sendiri. Anggapan bahawa perempuan yang agresif dan tidak terhormat hanya untuk perempuan single. Tentu saja anggapan ini tidak berlaku untuk seorang isteri yang sudah ada suaminya sendiri. 10. Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi membocorkan rahsia diluar rumah. 11. Jika ingin keluar, minta izin atau atas pengetahuan suami. 12. Jangan menjadi isteri yang boros dalam belanja. Terutama untuk hal hal yang tidak penting. # ni copy & paste je =) harap harap aku & korang sume dapat jadi isteri yang baik pade mase akan datang =) |