Cuteki gadgets |
Masih belum terlambat :')
Friday, 14 December 2012 | 01:24 | 0 letter
Assalamualaikum semua..korang nampak kan gambar yang dekat atas tu ? SubahanAllah..Sememangnya ciptaan Allah itu indah tiada bandingannya :') . Sebelum tu cha nak cakap salam Jumaat semua..Hari ni mengikut kalender Islam tarikh nya 1/2/34 indah bukan ?? :) Sementara itu jugak hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan akan berlakunya hari kiamat pada hari Jumaat..Wallahualam . Berlakunya hal di dunia mahu pun diakhirat,tentang jodoh ataupu nasib seseorang telah ditentukan oleh Allah..Tapi dengan usaha gigih diri kita berserta doa dan sokongan dari orang sekeliling.. In Shaa Allah kita bole mengubahnya jalan hidup kita menjadi lebih baik tapi bila kita dapat musibah sesungguhn ya Allah memberi ujian kecil kepada diri kita.Allah juga tidak akan memberi ujian keatas hambaNya dengan ujian yang kita tidak mampu untuk hadapi.Allah itu Maha Adil..Kadang2 diri kita sendiri yang berkelakuan tidak adil terhadap diri sendiri contohnya tidak memberi peluang kepada diri sendiri untuk belajar , untuk jadi seorang yang patuh akan perintah Allah , jadi seorang yang berjaya ataupun membenarkan diri kita bangkit dari kegagalan. Ustazah cha pernah cakap bila kita selalu berputus asa ataupun tidak mahu memperbaiki diri kejalan Allah..Itu bermakna kita dayus terhadap diri sendiri.MasyaAllah :'/ .. Hanya diri kita dan juga Allah saja yang tahu diri kita ni macam mana.. Setiap permulaan ada pengakhiran, Setiap pertemuan ada perpisahan, Jika tidak menginginkan perpisahan, Jangan memulakan detik pengawalan.. Setiap manusia sering melakukan kesilapan..Jika tiada kesilapan , bukan kehidupan namanya :) tetapi manusia sering melakukan kesilapan dan ada juga sesetengah orang sukar untuk menerima kesilapan orang lain dan selalu mempertikaikan serta memandang kesilapan seseorang itu terlalu berat sehinggakan seseorang itu sukar untuk menjadi lebih baik jika orang selalu memandang dia sebagai orang yang salah atas kesalahan yang tidak sengaja dia lakukan..Tiada yang sempurna selain Allah yang satu..Benda tu selalu kita lupa bila lihat orang lain buat salah dan kita juga lupa yang diri kita pernah buat salah.. Kita kena ingat sekarang kita dah di akhir zaman..Kiamat itu pasti , duniawi itu kita jalani , tempat kita untuk kumpul segala amalan baik agar boleh kita bawa di akhirat nanti . Iaitu tempat yang kekal abadi..Kehidupan kita sekarang ni bagai mimpi..Kita akan sedar bila Allah menghidupkan benda yang tidak bernyawa..Sebelum tu Allah akan membenarkan Dajjal menguji anak cucu Adam . Dajjal mempunyai dua benda iaitu Syurga dan Neraka..Tapi bagi orang yang beriman akan nampak Syurga itu Neraka dan Neraka itu Syurga..Pada masa itu berlakunya kemarau yang berpanjangan dan kekurangan makanan . Dajjal akan memberikan bantuan kepada kita TETAPI orang yang beriman tidak akan menerima bantuan tersebut.Apabila mereka lapar , mereka tidak akan menerima sebarang makanan dari Dajjal . tapi mereka akan menjadikan zikir serta solat itu sebagai makanan untuk mengenyangkan perut mereka. Semoga kita tidak terpedaya dengan hasutan Dajjal itu Amin..Kita masih belum terlambat untuk berubah..Lakukan amal ibadat seperti lima minit lagi nyawa kita akan di tarik..MasyaAllah..Sememangnya cha pun mempunyai kekurangan diri yang banyak..Cha cerita pasal ni pun untuk mengigatkan diri cha jugak..Ampun di minta sekiranya terasa diri Cha ni dah terlampau baik..Setiap orang pernah melakukan kesalahan.Tetapi dari kesalahan itu kita boleh berubah menjadi baik..Sekian sampai di sini Assalamualaikum :) |